More

    Razer Basilisk V3 dilancar di Malaysia: Tetikus “gaming” dengan 11 butang, DPI 26K berharga RM329

    Jenama peranti gaming Razer hari ini telah melancarkan tetikus terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu Razer Basilisk V3 dan ia akan dijual pada harga RM329.

    Satu ciri yang menarik pada tetikus ini adalah 11 butang yang boleh diprogramkan untuk fungsi khas dalam game. Selain itu, ia dilengkapi roda kawalan Razer HyperScroll Tilt Wheel yang boleh diputar dengan sangat lancar.

    Ia menyokong tiga mod putaran iaitu Tacticle Scrolling Mode untuk putaran bersenggat (notched scrolling), Free-Spin Scrolling Mode untuk putaran yang lebih lancar dan Smart-Reel Mode untuk larasan automatik di antara dua mod di atas, berdasarkan kelajuan putaran yang dikesan melalui Virtual Acceleration.

    Daripada segi sensor, Basilisk V3 mempunyai Razer Focus+ 26,000 DPI Optical Sensor dengan ketepatan resolusi (resolution accuracy) 99.6%. Kekuncinya pula dilengkapi Razer Optical Mouse Switches Gen-2 dengan kelajuan actuation sepantas 0.2ms.

    Tetikus ini juga mempunyai 11 zon pencahayaan Razer Chroma RGB yang boleh memancarkan 16.8 juta warna dan corak pencahayaannya boleh disepadukan dengan lebih 150 game. Layari laman web Razer untuk maklumat lanjut tentang Basilisk V3.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tetikus gaming ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured