More

    Razer BlackShark V2 Pro dilancar: Mikrofon Hyperclear dan mampu bertahan 70 jam pada ~RM891

    Razer melancarkan Razer BlackShark V2 Pro, set kepala wayarles untuk prestasi dengan audio termaju, keselesaan tahan lama dan sambungan sangat pantas. 

    Ia mempunyai Mikrofon Jalur Lebar Super HyperClear untuk kualiti suara definisi tinggi dan pro di mana mikrofonnya boleh ditanggalkan serta mampu menangkap tahap perincian dalam suara pemain melalui julat frekuensi bunyi yang lebih luas. Dalam pada itu, Pemacu TriForce Titanium 50mm menggabungkan diafragma bersalut titanium dengan profil audio pemain untuk bunyi yang lebih jelas.

    Pemain kini boleh mengalami audio dengan profil audio FPS pada set kepala yang memberikan maklumat maksimum untuk kelebihan daya saing. Pemain juga boleh menyesuaikan berbilang profil melalui Razer Synapse, menyimpannya terus ke set kepala dan bersedia untuk bertugas tanpa memerlukan perisian tambahan.

    Ia mampu bertahan sehingga 70 jam gaming dan 6 jam daripada pengecasan 15 minit. Set kepala dilengkapi dengan Razer HyperSpeed Wireless, sambungan wayarles 2.4GHz dan tambahan USB. Melalui Bluetooth dan kawalan pada peranti Razer SmartSwitch, pemain boleh bertukar antara sambungan 2.4GHz atau Bluetooth pada set kepala mereka dengan sedikit gangguan.

    Daripada segi reka bentuk, set kepala ini menampilkan cawan telinga pengasing bunyi dan buih memori ultra lembut untuk tumpuan tanpa gangguan dan keselesaan berpanjangan. Dengan pengapit yang dihaluskan, ikat kepala dan peluncur yang diperkukuh memberikan pemain lebih keselesaan.

    Set kepala ini berharga $199.99 (~RM891) dan telah mula dijual pada 27 April di laman web rasmi Razer dan kedai sah Razer. Buat sementara ini, kami masih tidak ketahui ketersediaannya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured