More

    Razer Blade 16 dan 18 diumum, miliki cipset siri Intel Generasi ke-13 dan RTX 40

    Hari ini, Razer melancarkan dua komputer riba gaming baharu iaitu Razer Blade 16 dan Razer Blade 18. Kedua-duanya dilengkapi dengan cipset Intel Core i9 HX Generasi ke-13 yang terkini, kad grafik siri NVIDIA RTX 40 yang beroperasi sehingga 175W TGP, RAM DDR5 5600MHz yang boleh dinaik taraf dan banyak lagi.

    Menurut Razer, Blade 16 mampu memberikan 35% lebih kuasa grafik berbanding komputer riba gaming 16 inci yang tersedia pada masa ini. Selain itu, ia menggunakan paparan LED mini dwi-mod berkeupayaan HDR 16 inci pertama di dunia yang menawarkan kecerahan puncak 1000 nits dan masa tindak balas kurang daripada 3ms.

    Razer Blade 16 membenarkan penukaran pemilihan antara mod pencipta kandungan dan gaming. Mod pencipta mendayakan resolusi UHD+ yang tajam dengan kadar segar semula 120Hz manakala mod gaming menukarkan kadar segar semula kepada 240Hz dalam resolusi FHD+. Harga permulaan ialah $2,699.99 (~RM11,867).

    Seterusnya, Razer Blade 18 ialah komputer riba Razer yang paling berkuasa. Ia menggunakan paparan QHD+ 18 inci dengan kadar segar semula 240Hz dan komputer riba ini juga dilengkapi kamera 5MP, sistem audio 6 pembesar suara THX spatial, komponen boleh dinaik taraf, sambungan port yang lengkap dan sistem penyejukan ruang wap. Harga permulaannya ialah $2,899.99 (~RM12,746).

    Kedua-dua komputer riba ini akan tersedia pada suku pertama 2023 tetapi kita perlu menunggu pengunguman rasmi tentang ketersediannya di pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...