More

    Razer Hammerhead baru dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles dengan Chroma RGB bermula RM629

    Razer Malaysia hari ini telah melancarkan generasi kedua untuk fon telinga wayarles Razer Hammerhead True Wireless Earbuds dengan pencahayaan RGB Razer Chroma dan pembatalan hingar aktif (active noise cancellation, ANC).

    Pencahayaan RGB itu bermakna pengguna boleh mewarnakan produk tersebut dengan sebarang warna yang dikehendaki dan memadankan dengan gaya pakaian mereka. Bagi membatalkan bunyi bising, ia dilengkapi dua mikrofon environmental noise canceling (ENC).

    Untuk tujuan gaming, produk ini dilengkapi mod tindak balas (latency) ultra-rendah 60 milisaat sahaja. Daripada segi bateri, fon telinga ini bersama bekasnya boleh digunakan sehingga 32.5 jam.

    Razer Hammerhead baharu ini akan dijual pada harga RM629 di laman web Razer dan pengedar sah. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...