More

    Razer Iskur X dilancar : Kerusi ‘gaming’ terbaru Razer, berharga RM1,499

    Semalam, Razer telah melancarkan kerusi gaming terbaru mereka, Iskur X. Jadi, jika anda salah satu yang terlibat dengan bekerja dari rumah, mungkin anda boleh pertimbangkan kerusi ini. Razer Iskur X dijual pada tanda harga RM1,499.

    Seperti kerusi gaming yang lain, Iskur X juga hadir dengan binaan rangka besi yang dilitupi oleh kulit sintetik berlapis tahan lasak. Ia sangat sesuai untuk pengguna yang bekerja dan bergaming secara duduk pada jangka masa yang lama. Kerusi ini mampu menahan sehingga berat 136kg dan sesuai untuk pengguna dengan tinggi 170cm sehingga 190cm. Ia juga dilengkapi tempat letak tangan 2D yang boleh dipusingkan.

    Selain itu, Razer juga turut melancarkan Razer Head Cushion dan Lumbar Cushion untuk sokongan badan yang lebih ergonomik. Kedua-dua barang ini dijual pada tanda harga RM199 dan RM259. Ia boleh diletakkan di kerusi gaming Razer dengan mudah.

    Buat masa ini, Iskur X dijual secara dalam talian di laman web rasmi Razer. Anda boleh mendapat waranti sehingga 3 tahun dan 14 hari pemulangan percuma jika anda beli kerusi ini di kedai RazerStore.

    Adakaha anda berminat dengan kerusi gaming ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured