More

    Razer Kishi Universal Gaming Controller untuk Android kini hadir di Malaysia berharga RM369

    Razer merupakan sebuah jenama yang popular dalam industri gaming. Terkini, Razer mengumumkan kehadiran alat kawalan gaming khas untuk Android, Razer Kishi Universal Gaming Controller yang berharga RM369.

    Untuk pengetahuan anda, alat kawalan Razer Kishi untuk Android ini boleh didapatkan secara luar talian melalui pengedar sah terpilih Razer bermula pada 27 Jun 2020. Sebenarnya, alat kawalan gaming ini telah memenangi dua anugerah CES pada Januari lalu.

    Ia hadir dengan peningkatan kawalan ketepatan melalui ciri yang ada pada alat kawalan tersebut termasuklah 8-hala D-pad. Alat kawalan Razer Kishi ini menyokong sejumlah besar senarai telefon Android dengan sambungan terus USB-C untuk pengalaman permainan berlatensi ultra rendah.

    Menurut Razer, alat kawalan Razer Kishi untuk untuk iOS juga bakal menjengah pasaran teknologi kelak dengan harga RM469 (dilihat pada halaman Razer). Jika anda ingin mendapatkan alat kawalan Razer Kishi untuk Android sekarang, anda boleh membelinya melalui laman web rasmi Razer.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured