More

    Razer Kiyo X dan Ripsaw X dilancar di Malaysia: Miliki 1080p 30fps, rakaman 4K berharga RM429

    Razer telah melancarkan kamera web dan kad tangkapan (capture card) dengan harga mampu milik. Kini, pengguna boleh menambahkan suapan video ke siaran dengan menggunakan kamera web Kiyo X USB.

    Anda boleh mengoptimumkan suapan kamera web dalam resolusi 1080p 30fps atau 720p 60fps. Ciri fokus automatik akan menjadikan gambar lebih jelas dan menyesuaikan tetapan dengan lancar. Dengan aplikasi Razer Virtual Ring Light, anda dapat menggunakan cahaya dari monitor sebagai sumber pencahayaan.

    Kad tangkapan Ripsaw X dapat menangkap rakaman 4K dalam 30 bingkai sesaat. Razer mengatakan bahawa peranti tersebut memberikan “latensi hampir-sifar” melalui penyambungan HDMI 2.0 dan USB 3.0 dimana anda  boleh menggunakannya sebagai kamera web kelas atas atau menangkap permainan daripada konsol.

    Kamera web Kiyo X mempunyai cincin cahaya terpasang dan kad tangkapan Ripsaw HD berkemampuan 60 fps. Kiyo X berharga RM429 manakala kad tangkapan Ripsaw X berharga RM629. Anda boleh dapati kedua-dua produk ini di laman web Razer.

    Beritahu kami di Facebook tentang peranti ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured