More

    Razer lancarkan Blackwidow V3 Mini HyperSpeed: Papan kekunci “gaming” kecil berharga RM799

    Jenama perkakasan gaming Razer hari ini telah melancarkan papan kekunci wayarles terbaru iaitu Razer BlackWidow V3 Mini HyperSpeed, ditujukan kepada gamers yang menginginkan papan kekunci bersaiz kecil. Menurut Razer, ia adalah 65% lebih kecil berbanding papan kekunci bersaiz penuh.

    Walaupun dengan saiz yang kompak, papan kekunci ini mampu memuatkan semua kekunci alphanumeric penting sambil mengekalkan saiz kekunci yang sama dengan papan kekunci bersaiz penuh. Ia juga menyokong teknologi HyperSpeed Multi-Device Dongle oleh Razer bagi memudahkan penggunaan secara wayarles bersama pelbagai peranti lain dan mengurangkan jumlah wayar yang dihubungkan kepada komputer.

    Papan kekunci ini boleh dihubungkan melalui Bluetooth kepada tiga peranti, manakala port USB-C membenarkan pengecasan bateri yang boleh tahan sehingga 200 jam.

    Ia ditawarkan dalam warna Yellow Switches untuk bunyi yang senyap atau Green Switches untuk tindak balas klik yang lebih jelas. Produk ini juga dilengkapi pencahayaan RGB Razer Chroma sehingga 16.8 juta warna dan binaan aluminium yang kukuh untuk pengalaman menaip yang selesa.

    Razer BlackWidow V3 Mini HyperSpeed dijual pada harga RM799. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured