fbpx
More

    Razer lancarkan Kairo Pro: Fon kepala “gaming” wayarles dengan pemacu 50mm dan dua mikrofon bermula ~RM490

    Jenama perkakasan gaming Razer pada hari ini telah mengumumkan fon kepala gaming yang baru bernama Kairo Pro, dijual pada harga bermula SGD159.90 (~RM490). Fon kepala ini dilengkapi pemacu khas TriForce Titanium 50mm Drivers dan mikrofon HyperClear Supercardiod Mic untuk kualiti audio dan rakaman suara yang lebih tinggi. Pemacu tersebut adalah pemacu sama yang terdapat dalam Razer BlackShark V2, iaitu fon kepala yang mendapat ulasan baik daripada kami.

    Razer memasarkan fon kepala ini sebagai aksesori audio yang boleh dihubungkan secara wayarles kepada konsol Xbox Series X dan Xbox Series S melalui Xbox Wireless serta kepada komputer Windows dan Android melalui hubungan Bluetooth 5.0. Razer tidak menjelaskan jika Kairo Pro boleh dihubungkan dengan PlayStation 5, namun ia mungkin masih boleh dihubungkan melalui Bluetooth 5.0.

    Kairo Pro juga mempunyai dua mikrofon, terdiri daripada mikrofon utama HyperClear Supercardiod Mic untuk digunakan sewaktu bermain game dan sebuah lagi mikrofon di dalam fon kepala tersebut yang boleh digunakan apabila HyperClear Supercardiod Mic dicabut. Mikrofon kedua ini boleh digunakan untuk panggilan audio sewaktu ia dihubungkan kepada telefon Android.

    Ia terdiri daripada dua varian utama iaitu Kairo yang berharga SGD159.90 (~RM490) dan Kairo Pro yang berharga SGD229.90 (~RM702). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon kepala ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X