More

    Razer lancarkan Razer Blade 15 dan Blade Pro 17: Komputer riba ‘gaming’ RTX 30 Series bermula ~RM6,864

    Razer telah melancarkan dua produk baru dalam barisan komputer riba gaming Blade iaitu Razer Blade 15 dan Razer Blade Pro 17, di mana kedua-duanya dilengkapi dengan unit pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 30 Series Laptop GPU. Ia akan dijual pada harga bermula USD1,699 (~RM6,684).

    Kedua-dua laptop boleh dilengkapkan dengan siri RTX 30 sehingga RTX 3080, lengkap dengan binaan Ampere, teknologi Max-Q generasi ke-3 untuk hayat bateri yang lebih lama, Dynamic Boost 2.0 untuk meningkatkan prestasi GPU serta Whisper Mode 2.0 untuk bunyi kipas yang lebih senyap.

    Razer Blade 15 merupakan komputer riba 15.6 inci terkecil yang dilengkapi NVIDIA RTX 30 Series Laptop GPU, manakala skrinnya pula boleh memaparkan resolusi Full HD pada 360Hz, Quad HD pada 240Hz dengan NVIDIA G-SYNC dan Ultra HD OLED pada 60Hz.

    Razer Blade 15

    Untuk Razer Blade Pro 17 pula, ia menampilkan reka bentuk yang nipis dengan ketebalan 19.9 mm sahaja. Skrinnya yang berukuran 17.3 inci boleh memaparkan imej dalam resolusi Full HD pada 360Hz, Quad HD pada 165Hz dan Ultra HD pada 120Hz.

    Papan kekunci kedua-dua komputer dilengkapi penchayaan Razer Chroma RG, manakala pembesar suaranya pula menyokong teknologi THX Spatial Audio untuk game-game terpilih.

    Razer Blade Pro 17

    Razer Blade 15 akan dijual pada harga bermula USD1,699 (~RM6,684) dan Razer Blade Pro 17 pula bermula pada USD1,799 (~RM7,267). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba Razer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured