More

    Razer Malaysia lancarkan komputer riba Blade 15 & Pro 17 serta GPU luaran Core X Chroma, bermula RM1,999

    Razer hari ini telah melancarkan beberapa produk gaming baru untuk pasaran Malaysia iaitu siri komputer riba Razer Blade dan unit pemproses grafik (GPU) luaran. Komputer riba tersebut terdiri daripada Razer Blade 15 (RM8,999) dan Blade Pro 17 (RM12,499) manakala GPU luaran baru pula adalah Razer Core X Chroma (RM1,999).

    Blade 15 dilengkapi pemproses lapan teras Intel Core i7 generasi ke-10, NVIDIA GeForce RTS Super GPU dan skrin 4K OLED dengan kadar segar semula 300Hz dan jurang warna DCI-P3 100%. Ia turut dilengkapi dengan papan kekunci dengan susunan baru, sokongan input/output (I/O) yang dinaik taraf, storan SSD sehingga 1TB PCIe, RAM 16GB.

    Sementara itu, Blade Pro 17 pula dilengkapi dengan pemproses lapan teras Intel Core i7-10875H dengan kelajuan clock dasar 2.3GHz dan 5.1GHz Turbo Boost serta GPU NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER GPU. Skrinnya yang berukuran 17.3 inci turut mempunyai tetapan 4K 120Hz atau HD 300Hz. Di samping itu, komputer ini turut mempunyai USB 3.2 Gen 2, 2.5Gb Ethernet, pembaca kad UHS-III SD, Wi-Fi 6 (802.11ax), Windows Hello dan port Thunderbolt 3.

    Razer Blade 15
    Razer Blade Pro 17

    Razer Core X Chroma pula adalah sebuah perkakas grafik luaran (external graphics enclusore, eGPU) yang membenarkan kad grafik PC untuk disambungkan ke komputer riba. Alat ini menggunakan kuasa sebanyak 700W dan boleh dihubungkan ke komputer riba Windows atau MacBooks menggunakan hubungan Thunderbolt 3. Ia boleh digunakan untuk pelbagai kad grafik PCIe termasuklah NVIDIA GeForce RTX, GeForce GTX, AMD Radeon dan Radeon Pro.

    Razer Core X Chroma
    Razer Tomahawk

    Razer Malaysia juga memperkenalkan rangka komputer Razer Tomahawk yang baru dilancar dalam acara RazerCon baru-baru ini pada harga RM1,099. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk Razer di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured