More

    Razer Naga X rasmi di Malaysia: Tetikus “gaming” MMO ergonomik, 16 butang berharga RM399

    Terkini, Razer telah mengumumkan kehadiran rasmi tetikus gaming ringan, Razer Naga X. Kehadiran aksesori gaming baharu ini menambah bilangan ahli keluarga dalam siri Naga. Razer Naga X ini disifatkan sebagai tetikus teringan dari mereka setakat ini dengan berat hanya 85g.

    Razer Naga X memiliki 16 butang di sisinya yang diprogramkan untuk memenuhi keperluan pemain semasa gaming. Sebagai tambahan, terdapat juga mod Razer HyperShift yang membenarkan kefungsian set kedua untuk butang tersebut di mana lebih banyak arahan dapat dilakukan. Ia juga telah dinaik taraf kepada Razer Optical Mouse Switches generasi ke-2.

    Terdapat juga sensor optikal 5G tersendiri dari Razer, kabel Razer Speedflex dan 100% Mouse Feet untuk gerakan lancar tetikus di atas pelbagai permukaan. Tentunya, Razer Naga X juga dilengkapi Razer Chroma RGB.

    Razer Naga X boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM399 di kedai dalam talian Razer atau di mana-mana pengedar sah Razer. Adakah anda berminat dengan tetikus ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Acer CA1 rasmi di Malaysia: Android terbina, bateri 3 jam dan kamera 8MP...

    Siri Acer CA1 direka khas untuk fleksibiliti penggunaan di rumah menerusi tapak pemegang ErgoStand berroda yang membolehkan skrin dialihkan ke mana-mana ruang...

    Xiaomi bakal tayang robot manusia buat kali pertama kepada umum

    Presiden Kumpulan Xiaomi, Lu Weibing, mengesahkan bahawa robot keluaran mereka bakal diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai buat pertama kali di persidangan...

    HONOR CHOICE Headphones Max tiba di Malaysia dengan ANC 57dB dan bateri 70 Jam...

    HONOR Malaysia melancarkan produk peranti audio terbaharunya untuk pasaran tempatan melalui pengenalan fon kepala jenis over-ear HONOR CHOICE Headphones Max. Model ini...

    OpenAI lancar ChatGPT for Teens dengan perlindungan lebih ketat untuk remaja

    OpenAI melancarkan ChatGPT for Teens secara rasmi yang direka khas untuk pengguna berumur antara 13 hingga 17 tahun. Pengguna bawah umur 18...

    Boost SME dilancar: Platform perbankan digital PKS dengan faedah harian 3.0%

    Boost melancarkan Boost SME iaitu sebuah platform perbankan digital sepenuhnya yang menghimpunkan perkhidmatan kewangan, pembayaran dan perbankan dalam satu ekosistem. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured