More

    Razer X Fossil Gen 6 diumum, jam tangan pintar khas untuk “gamers”

    Razer mungkin telah mengeluarkan banyak peranti gaming tetapi tidak terfikir untuk syarikat itu akan menghasilkan jam tangan pintar khas untuk gamers. Ia dinamakan Razer X Fossil Gen 6. Sebagai jam tangan pintar edisi terhad, jam tangan pintar Razer X Fossil Gen 6 nampaknya dilancarkan secara global bulan ini dengan harga $329 (~RM1382) dalam kuantiti terhad iaitu hanya 1337 unit.

    Untuk pengetahuan anda, Gen 6 ialah jam tangan pintar pertama yang dikuasakan oleh Platform Snapdragon Wear 4100+ oleh Fossil. Berbanding dengan generasi sebelumnya, ia mempunyai peningkatan prestasi keseluruhan sebanyak 30% dalam kelajuan dan masa muat aplikasi. Ia juga menggunakan sistem operasi Wear OS by Google malah mempunyai inisiatif kesihatan khusus untuk gamers.

    Jam Pintar Razer X Fossil Gen 6 menampilkan sarung hitam 44mm, tiga jenis muka jam eksklusif dan elemen antara muka Razer. Turut disertakan dua tali silikon 22mm yang direka khas dan boleh ditukar ganti dalam warna hitam dan hijau ikonik Razer. Ini adalah spesifikasi penuh bagi jam tangan pintar Razer X Fossil Gen 6:

    • Penjejakan Tidur dan peningkatan kelajuan pengecasan bateri
    • Pengesan kesihatan ditingkatkan
    • Penjejakan kesihatan bebas tangan (hands-free)
    • Kalis renang (sehingga 3 ATM)
    • Kesambungan: Bluetooth 5.0 LE, Wi-Fi, GPS, NFC SE
    • Sensor: Accelerometer, Giroskop, Kompas, Altimeter, Kadar Jantung PPG, SpO2, IR luar badan, Cahaya Ambien
    • 1GB RAM dan 8GB storan

    Walaupun ia tidak tersedia di pasaran Malaysia, namun anda melawat laman rasmi Razer dan Fossil untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured