More

    realme 10 Pro 5G bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember 2022

    Hari ini, realme mengumumkan realme 10 Pro 5G yang akan tiba pada 8 Disember 2022 menampilkan telefon pintar paling nipis di Malaysia dalam peringkatnya.

    Ia senipis 1mm dan dibina dengan Teknologi RAZR (Removed Adhesive, Zero Resin) yang menyokong Pensuisan Antena Aktif untuk membolehkan pengguna menikmati lebih banyak ruang pada skrin. Dengan gabungan InSeal Technology, pelekat antara skrin dan sisi hitam ditanggalkan untuk hasil paparan tepi ke tepi. 

    realme 10 Pro 5G dibina daripada Bahan MDA yang mengurangkan berat telefon dan menawarkan pengalaman memegang yang selesa. Peranti ini merangkumi Teknologi Paparan Top Notch di mana sensor cahaya skrin LCD disepadukan bersama pembesar suara di bahagian atas skrin. 

    Ia dilengkapi dengan RAM 8GB + DRE 8GB membawa jumlah Dynamic RAM kepada 16GB yang juga membantu bagi pengguna yang ingin membuka dan menukar antara aplikasi dengan pantas. Ia akan menukar storan dalaman secara automatik kepada RAM sementara (sehingga 8GB storan tambahan) untuk memastikan prestasinya kekal pantas dan lancar. 

    Bersempena dengan pelancaran yang bakal tiba, realme Malaysia membuka promosi pra-tempah siri 10 Pro 5G realme untuk pelanggan dan peminat berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM2,999. Pelanggan boleh menikmati promosi berikut dengan setiap pra-tempah peranti di laman web rasmi realme dan penjual sah realme Malaysia:

    ProdukPromosi
    realme 10 Pro+ 5GDengan setiap pra-tempah siri realme 10 Pro 5G, peminat layak untuk:
    ● 1x realme Band 2 (bernilai RM169)
    ● Waranti lanjutan sehingga dua (2) tahun (bernilai RM59)
    ● 1x Kad Scratch & Win – dengan sejumlah 9 kategori produk untuk dimenangi (bernilai sehingga RM2,999)
    realme 10 Pro 5GDengan setiap pra-tempah siri realme 10 Pro 5G, peminat layak untuk:
    ● 1x realme Band 2 (bernilai RM169)
    ● Waranti lanjutan sehingga dua (2) tahun (bernilai RM59)
    ● 1x Kad Scratch & Win – dengan sejumlah 9 kategori produk untuk dimenangi (bernilai sehingga RM2,999) 

    Untuk ketahui lebih lanjut mengenai realme 10 Pro 5G dan maklumat terkini, anda boleh lawati halaman Facebook realme malaysia di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...