More

    realme 10 Pro Coca-Cola Edition dilancar di Malaysia: Telefon dengan hiasan Coca-Cola berharga RM1,399

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan varian khas untuk telefon pintar kelas pertengahan realme 10 Pro iaitu realme 10 Pro Coca-Cola Edition. Peranti ini mempunyai segala fungsi yang terdapat pada realme 10 Pro yang dilancar pada akhir tahun lalu, namun rekaan dan antara mukanya (UI) telah dihiaskan dengan jenama minuman ringan popular Coca-Cola.

    Permukaan belakang telefon ini mempunyai sudahan besi aluminium yang membuatkan tangan rasa seperti memegang sebuah tin Coca-Cola. Selain itu, ia turut mempunyai warna merah yang sinonim dengan jenama minuman ringan ini, serta logo Coca-Cola yang dipotong sedikit.

    Sementara itu, UI dalam telefon ini menawarkan animasi dan tema yang melambangkan buih daripada minuman Coca-Cola. Segala aspek UI daripada skrin kunci hinggalah efek pengecasan, telah diubahsuai untuk menepati penjenamaan minuman ringan ini.

    Apabila anda mengambil gambar, bunyi shutter digantikan dengan bunyi “pop” yang terhasil apabila anda membuka botol kaca Coca-Cola. Bunyi notifikasi pula digantikan dengan bunyi hirisan buih apabila anda membuka tin minuman, manakala nada dering juga telah ditukar.

    Warna ikon dalma UI telefon ini juga mempunyai warna merah, manakala bentuknya pula diubahsuai bagi menyerupai produk Coca-Cola. Sewaktu menggunakan kamera pula, telefon ini menawarkan penapis (filter) 80S Cola Filter khas untuk efek yang menarik.

    Pembungkusan telefon ini pula mempunyai hiasan unik, dengan kotak Coca-Cola, jarum SIM khas, pelekat DIY dan kad nombor terhad.

    Spesifikasinya masih sama seperti realme 10 Pro asal, iaitu skrin 120Hz, cipset Snapdragon 695 5G, kamera 108MP, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas SUPERVOOC 33W dan perisian realme UI 4.0.

    realme 10 Pro Coca-Cola Edition akan dijual di Malaysia pada harga RM1,399. Malaysia adalah salah satu daripada lima negara yang menerima telefon edisi khas ini dalam pasarannya, selain Thailand, Indonesia, Filipina dan India.

    "
    "

    Layari laman Facebook realme Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured