More

    realme 10s dilancar: Dimensity 810, kamera 50MP dan bateri 5,000mAh ~RM700

    realme hari ini memperkenalkan realme 10s sebagai ahli terbaharu dalam barisan realme 10 yang terdiri daripada realme 10 4G, realme 10 5G, realme 10 Pro dan realme 10 Pro+. Walau bagaimanapun, realme 10s merupakan versi realme 9i 5G yang mempunyai lebih banyak RAM, storan, pengecasan lebih pantas dan kurang satu kamera di bahagian belakang.

    realme 10s dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810, RAM 8GB, storan sehingga 256GB dan realme UI 3.0 berasaskan Android 12. Paparannya menggunakan LCD FHD+ 6.6 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga mempunyai slot kad microSD khusus untuk pengembangan storan sehingga 1TB.

    Terdapat dua kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 50MP dan kamera kedalaman. Bahagian hadapannya pula terdapat kamera swafoto 8MP. realme 10s juga dilengkapi dengan sokongan Audio Hi-Res, pengimbas cap jari di sisi dan sambungan 5G. Ia mempunyai bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan 33W..

    realme 10s dalam pilihan warna biru dan hitam serta mempunyai dua pilihan varian 8GB/128GB dan 8GB/256GB. Model 128GB berharga CNY1,099 (~RM700) manakala versi 256GB berharga CNY1,299 (~RM825). Kami masih menunggu kenyataan rasmi realme Malaysia tentang ketersediannya untuk pasaran tempatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda ingin memiliki telefon realme 10s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured