More

    realme 11.11 Madness: Diskaun hingga 80% dan emas Masdora untuk dimenangi!

    realme mengumumkan kempen jualan mega 11.11 Madness yang menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk diskaun sehingga 80%, tawaran RM1, RM11 dan RM111 serta hadiah misteri dan cabutan emas sebenar untuk pembeli bertuah. Kempen ini akan berlangsung di tiga platform utama iaitu Shopee (10–11 November), Lazada (10–13 November) dan TikTok Shop (1–11 November).

    Antara tawaran paling menarik termasuk realme P3 Ultra pada harga serendah RM1,229 (Shopee eksklusif), realme 13+ (12GB+256GB) pada RM879, realme 13 Pro+ pada RM1,299 di Lazada serta realme 14x (8GB+256GB) pada RM699. Di TikTok Shop pula, pengguna boleh mendapatkan realme 13 5G (RM799) dan realme C75x (RM539).

    Sepanjang tempoh promosi, realme turut menjalankan Mystery Gift Campaign di mana 15 pemenang bertuah akan dipilih daripada komen di platform rasmi realme Malaysia. Bagi pembelian model terpilih seperti GT7 dan GT7T, pengguna turut berpeluang memenangi emas Masdora bernilai RM399.

    Selain itu, pembeli juga boleh menikmati penghantaran percuma, baucar khas platform dan pelbagai limited drops ketika jualan berlangsung. Semua promosi tertakluk kepada terma dan syarat serta berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...