More

    realme 11x 5G kini tersedia di Malaysia secara percuma dengan UMobile U Postpaid 98

    realme 11x 5G yang hadir dengan harga mesra bajet bagi telefon pintar siri 11 akhirnya tiba di Malaysia. Tetapi tidak seperti pendahulunya, peranti ini hanya tersedia secara eksklusif melalui telko U Mobile sebagai sebahagian daripada pakej sama ada dengan pelan U Postpaid 68 atau 98.

    Untuk spesifikasi, realme 11x 5G menampilkan paparan LCD IPS 6.72 inci dengan resolusi 1080p, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 680nits. Ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 6100+, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB serta slot kad microSD untuk pengembangan storan sehingga 2TB.

    Selain itu, ia menggunakan UI realme 4.0 berdasarkan Android 13, WiFi dwijalur, sambungan Bluetooth 5.2, bicu fon kepala 3.5mm dan port USB-C untuk pemindahan data dan pengecasan. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Bahagian belakang realme 11x 5G terletak kamera utama 64MP dan kamera kedalaman 2MP. 

    Bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP. Telefon ini hadir dengan pilihan warna Midnight Black atau Purple. Bernilai RM999, mereka yang berminat boleh mendapatkan realme 11x 5G secara percuma jika mendaftar bawah pelan U Postpaid 98 selama 24 bulan. Menurut U Mobile, semua yang diperlukan ialah bayaran pendahuluan sebanyak RM98 untuk menggabungkan kedua-dua telefon dan pelan data 5G. 

    Sebagai alternatif, anda boleh memilih kontrak 12 bulan untuk RM447 sebulan atau mendaftar bawah pelan U Postpaid 68 sama ada untuk kontrak dua tahun atau setahun yang masing-masing akan dikenakan bayaran sebanyak RM307 dan RM507 sebulan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi U Mobile.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured