More

    realme 12 Pro+ 5G dan 12+ 5G akan dilancar di Malaysia pada 29 Februari ini

    realme melancarkan realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G sambil menyatukan kemahiran kraf yang halus dengan pilihan warna yang elegan. Diinspirasikan oleh estetika jam tangan mewah klasik, realme 12 Pro+ 5G menampilkan warna Submarine Blue dan Navigator Beige, memberikan kesan anggun. Sementara itu, realme 12+ 5G menawarkan warna Pioneer Green melambangkan pembaharuan dan ketenangan.

    Melalui kerjasama dengan Ollivier Savéo, pembuat jam tangan mewah terkemuka dari Perancis yang terkenal dengan kolaborasi bersama jenama Swiss ternama, realme memperkemas reka bentuknya dengan elemen-elemen seperti Dial Sunburst Berpolis, Bezel Fluted Emas dan Kulit Vegan Premium.

    realme 12+ 5G
    realme 12 Pro+ 5G

    Kedua-dua realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G boleh ditempah awal sehingga 29 Februari 2024 di semua kedai jualan realme di seluruh negara. Pelanggan boleh membuat tempahan dengan deposit serendah RM12 dan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM799.

    Untuk peminat realme dan pengguna baharu, realme akan melancarkan realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G di Malaysia pada 29 Februari ini yang boleh ditonton melalui strim langsung pada halaman Facebook rasmi realme.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured