More

    realme 12x 5G akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    realme Malaysia bakal melancarkan varian terbaru dalam siri telefon pintar kelas pertengahan realme 12 iaitu realme 12x 5G. realme mengatakan ia adalah telefon 5G yang paling mampu milik dalam pasaran tempatan bagi membenarkan lebih ramai pengguna mengakses kelajuan internet 5G.

    Daripada segi rekaan, ia mempunyai Light Feather Design dengan corak bulu burung di belakangnya, serta bonggol kamera berbentuk bulat yang menempatkan dua lensa. Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hijau dan hitam.

    Spesifikasinya masih belum diketahui, namun realme 12x 5G bakal mempunyai teknologi antena 360° Surround Six-Antenna 5G Layout, DAT Smart Antenna Technology dan Signal Enhancement Technology bagi menjamin kualiti signal tertinggi walaupun sewaktu berada dalam terowong atau bawah tanah.

    Telefon ini telah pun dilancar di China, di mana ia dilengkapi skrin LCD berukuran 6.72 inci, cipset MediaTek Dimensity 6100+, kamera 50MP+2MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 45W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 12x 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...