More

    realme 13 Pro dan 13 Pro+ dilancar: SD 7s Gen 2, skrin FHD+ AMOLED 6.7″ dan bateri 5,200mAh bermula ~RM1,486

    Seperti yang dijadualkan, realme telah memperkenalkan telefon pintar realme 13 Pro dan 13 Pro+ di India. Telefon pintar baharu ini hadir dengan banyak penambahbaikan seperti cipset, sistem penyejukan dan penderia kamera yang lebih baik.

    realme 13 Pro dan 13 Pro+ menampilkan paparan AMOLED melengkung 6.7 inci FHD+ 120Hz dengan bezel ultra sempit, peredupan frekuensi tinggi PWM 2160Hz, kecerahan puncak sehingga 2000 nits, sokong gamut warna 100% DCI-P3 termasuk teknologi Pro-XDR yang meningkatkan kesan foto dengan julat dinamik dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 7i.

    Kedua-dua model ini dikuasakan oleh Snapdragon 7s Gen 2 yang dipasangkan dengan RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB. Ia menampilkan sistem penyejukan 9 lapisan termasuk VC terbaja 4500mm² dan grafit 9953mm² untuk memastikan peranti sejuk semasa penggunaan intensif.

    realme 13 Pro+ mempunyai kamera belakang 50MP dengan sensor Sony LYT-701 ( apertur f/1.88) dan OIS, kamera ultra lebar 8MP dengan bukaan f/2.2 bersama-sama dengan kamera telefoto periskop Sony LYT-600 50MP (apertur f/2.65) menawarkan zum optik 3x dan sehingga 120x SuperZoom.

    realme 13 Pro pula menampilkan sensor 50MP LYT-600 (apertur f/1.88) dengan OIS dan kamera ultra lebar 8MP (f/2.2). Kedua-dua model mempunyai kamera hadapan 32MP dan ciri AI seperti Ultra Clarity, Smart Removal, Group Photo Enhance dan Audio Zoom.

    Kedua-dua telefon datang dengan bateri 5,200mAh. realme 13 Pro+ menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W, manakala realme 13 Pro menawarkan pengecasan pantas SuperVOOC 45W. Peranti menngunakan sistem operasi realme UI 5.0 berdasarkan Android 14. realme menjanjikan dua kemas kini OS Android utama dan tiga tahun kemas kini keselamatan.

    Kesambungan termasuk 5G, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan USB-C. Telefon ini mempunyai pengimbas cap jari dalam paparan untuk keselamatan bersama dengan pembesar suara stereo oleh Dolby Atmos dan Audio Hi-Res.

    realme 13 Pro tersedia dalam tiga varian iaitu 8/128GB berharga Rs. 26,999 (~RM1,486), varian 8/256GB berharga Rs. 28,999 (~RM1,596) dan 12/512GB berharga Rs. 31,999 (~RM1,760). realme 13 Pro+ pula berharga Rs. 32,999 (~RM1,816) untuk varian 8/256GB, Rs. 34,999 (~RM1,926) untuk varian 12/256GB dan Rs. 36,999 (~RM2,036) untuk varian 12/512GB.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kedua-dua telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...