More

    realme 13 Pro Series 5G akan dilancar di Malaysia pada 19 September 2024

    realme Malaysia bakal melancarkan peranti terbaru dalam siri telefon pintar kelas pertengahan Number Series iaitu realme 13 Pro+ 5G dan realme 13 Pro 5G pada hari Khamis, 19 September 2024.

    realme mengatakan siri realme 13 akan mempunyai sistem kamera yang dibantu oleh kecerdasan buatan (AI), seperti kebanyakan telefon jenama lain yang dilancar pada 2024. Ia menggunakan sistem kamera HYPERIMAGE+ yang memanfaatkan sistem optikal, algoritma pengimejan AI dan penyuntingan gambar AI bagi meningkatkan kualiti gambar dan jurang dinamik.

    realme 13 Pro+ 5G akan menjadi telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi sensor Sony LYT-701 50MP untuk kamera utama. Ia turut mempunyai satu kamera telefoto periskop yang menggunakan sensor Sony LYT-600 50MP dan menawarkan zum optikal 3x.

    Kedua-dua lensa telah menerima pengiktirafan TÜV Rheinland High-Resolution Camera Certification bagi menjamin kualiti gambar yang cantik.

    Sementara itu, realme 13 Pro 5G pula menggunakan sensor Sony LYT-600 untuk kamera utama yang menyokong penstabilan imej optikal dan sensor in-zoom sebanyak 2x. Ia mempunyai teknologi AI Ultra Clarity untuk meningkatkan resolusi dan butiran gambar yang kabur, terutamanya gambar yang diambil dalam lingkungan zum 10x hingga 30x.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured