More

    realme 14 Pro Series akan dilancar pada Mac 2025

    realme mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan baharu, realme 14 Pro Series, dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2025 yang akan berlangsung pada 3-6 Mac di Barcelona, Sepanyol. Ini merupakan kali pertama realme memperkenalkan siri realme 14 Pro untuk pasaran antarabangsa.

    Telefon ini bakal menjadi telefon pertama dengan ciri perubahan warna yang sensitif terhadap suhu sejuk (cold-sensitive colour-changing phone).

    Syarikat teknologi itu berkata telefon ini menawarkan fungsi kamera yang boleh menyaingi kualiti gambar daripada DSLR serta pelbagai inovasi AI daripada realme NEXT AI Lab.

    realme 14 Pro+ yang sudah dilancar di China

    Sebelum ini, realme 14 Pro+ telah dilancar pada 8 Januari lalu, di mana ia ditawarkan dalam dua warna iaitu putih Gilded White dan hitam. Hanya warna Gilded White sahaja yang mempunyai ciri warna berubah jika ia diletakkan dalam suhu sejuk, di mana ia mempunyai warna kebiruan apabila diletakkan dalam air sejuk serendah 16°C.

    Spesifikasi realme 14 Pro+ yang lain termasuklah skrin OLED 6.83 inci 120Hz dengan resolusi 2800 x 1272, cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3, rating kalis air IP68/IP69, dan kamera utama 50MP + periskop 50MP + ultra-lebar 8MP.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri realme 14 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured