More

    realme 14 Series 5G akan dilancar di Malaysia pada 15 April 2025, harga bawah RM2,000

    Selepas mengumumkan rekaan realme 14 Series 5G pada 20 Mac lalu, kini realme mengesahkan bahawa siri telefon pintar kelas pertengahan itu akan dilancar untuk pasaran Malaysia pada hari Selasa, 15 April 2025 di IOI City Mall, Selangor.

    Siri telefon kelas pertengahan ini bakal menjadi peranti pertama yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 4 iaitu cipset kelas pertengahan terbaru oleh Qualcomm dan ia menawarkan prestasi tinggi untuk peranti kategori ini.

    Menurut penanda aras AnTuTu, ia mencatatkan markah lebih 780,000 iaitu markah paling tinggi dalam segmennya. Cipset ini dibuat dengan nod proses 4nm dan menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 15% dan penggunaan tenaga lebih cekap sehingga 35% berbading generasi sebelumnya.

    Telefon ini membenarkan anda bermain beberapa game dalam kadar bingkai 120fps, seperti Mobile Legends: Bang Bang, Honor of Kings dan Free Fire. Walaupun apabila ditetapkan dengan kadar lebih rendah seperti 90fps, telefon ini masih boleh memainkan game selama lebih sejam.

    Daripada segi rekaan, ia akan ditawarkan dalam pilihan warna perak Mecha Silver, hitam Storm Titanium dan merah jambu Warrior Pink. realme turut mengesahkan bahawa harga telefon ini akan dijual pada harga bawah RM2,000, iaitu kategori harga yang serupa seperti peranti-peranti realme Number Series sebelum ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured