More

    realme 14x bakal dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada 24 Januari ini

    realme mengumumkan tarikh pelancaran rasmi model terbaharu mereka, realme 14x, pada 24 Januari 2025. Model ini merupakan pengganti kepada realme 12x yang popular dalam segmen harga RM1000 dengan beberapa penambahbaikan daripada segi reka bentuk dan prestasi.

    realme 14x dilengkapi dengan kualiti binaan yang lebih tahan lama, reka bentuk ergonomik untuk keselesaan pengguna serta ciri-ciri pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu meningkatkan produktiviti. Telefon pintar ini juga hadir dengan pemproses berkuasa untuk memberikan pengalaman yang lancar.

    Daripada segi reka bentuk, realme 14x menampilkan tekstur matte yang elegan dan ringan, sesuai untuk pengguna yang mencari telefon pintar yang moden serta praktikal. Sebagai telefon pintar 5G mampu milik, ia terus memberikan pilihan yang relevan kepada pengguna yang mementingkan nilai teknologi pada harga yang berpatutan.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi realme Malaysia di sini. Beritahu kami di Facebook jika berminat dengan realme 14x dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured