More

    realme 15 Pro 5G sah dilengkapi SD 7 Gen 4, skrin 144Hz dan bateri 7000mAh

    realme mengesahkan bahawa siri realme 15 5G terbaharu bakal dilancarkan secara rasmi pada 24 Julai 2025. Siri ini akan merangkumi dua model iaitu realme 15 5G dan realme 15 Pro 5G dengan spesifikasi penuh untuk model Pro kini telah didedahkan menerusi laman laman rasmi realme India.

    Model realme 15 Pro 5G tampil dengan beberapa spesifikasi menonjol termasuk bateri besar 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 80W melalui port USB-C. Ini menjadikannya antara telefon dengan kapasiti bateri terbesar dalam kelasnya. Daripada segi prestasi, peranti ini dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4.

    Bahagian hadapan pula menampilkan paparan 144Hz HyperGlow 4D Curve+ dengan tahap kecerahan puncak sehingga 6500 nits, nisbah skrin-ke-badan 94%, kadar respons sentuhan 2500Hz dan perlindungan Corning Gorilla Glass. realme turut memperkenalkan ciri AI Edit Genie yang dikatakan sebagai yang pertama dalam industri.

    Ia berfungsi untuk membantu pengguna menyunting gambar dengan lebih pintar menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Rekaan telefon ini hanya setebal 7.69mm dan hadir dengan penarafan IP69 untuk ketahanan terhadap air dan debu. Pilihan warna pula terdiri daripada Flowing Silver, Silk Purple, Velvet Green dan Silk Pink.

    Bagi model standard realme 15 5G, spesifikasi penuh masih belum diumumkan, tetapi ia turut menyokong fungsi AI Edit Genie dan daripada segi reka bentuk, kelihatan hampir sama seperti versi Pro. Nantikan pengumuman rasmi realme Malaysia jika ia akan dilancarkan secara rasmi dalam pasaran tempatan kelak.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured