More

    realme 6 dengan varian RAM 8GB ROM 128GB hadir di Malaysia berharga RM1199

    Terkini, realme Malaysia telah mengumumkan varian terbaru dalam keluarga realme 6 di pasaran Malaysia, varian dengan RAM 8GB dan ROM 128GB yang berharga RM1199. Anda boleh mendapatkan varian terbaru realme 6 di Lazada dan penjual sah bermula pada 2 Mei 2020!

    Sepintas lalu, realme 6 ini hadir dengan cipset Helio G90T dengan paparan Ultra Smooth Display, kadar segar semula 90Hz dan kadar sentuhan 120Hz. Turut tampil bersama adalah ciri teknologi sokongan pengecasan pantas 30W bersama tetapan kamera AI Quad 64MP.

    Sebagai tambahan, realme Malaysia akan memberi enam unit realme 6 kepada peminat yang menyaksikan siaran langsung “realme 6 Tournament” di Facebook TechNave. Untuk pengetahuan anda, kejohanan PUBG realme 6 akan berlangsung pada 28 April hingga 30 April dan anda boleh menyaksikannya di Facebook realme Malaysia.

    Adakah anda akan mendapatkan varian terbaru realme 6 yang merupakan telefon pintar Pro Kamera dan Pro Paparan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured