More

    realme 7 dan realme 7 Pro dilancarkan: Helio G95, Snapdragon 720G, cas pantas 65W bermula ~RM845

    Terkini, realme 7 dan realme 7 pro telah dilancarkan di pasaran India. Pelancaran ini sebenarnya agak menjadi sebuah kejutan buat peminat peranti kelas pertengahan realme kerana kemunculan siri realme 6 di pasaran lain sebenarnya masih dikira baharu.

    Anda boleh menyemak sendiri spesifikasi yang ditawarkan oleh realme 7 dan realme 7 Pro. Terdapat beberapa perbezaan seperti tetapan kamera swafoto, janaan cipset, paparan, sokongan pengecasan pantas, kapasiti bateri dan pilihan warna.

    realme 7:

    • Cipset MediaTek Helio G95
    • RAM 6GB/8GB + storan 64GB/128GB
    • Slot mikroSD
    • Paparan 6.5 inci FHD+ 90Hz
    • Kamera utama quad 64MP IMX682 + 8MP ultra lebar + 2MP lensa potret monokrom + 2MP lensa makro
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5000mAh
    • Pengecasan pantas 30W
    • realme UI berasaskan Android 10
    • Pilihan warna Mist White dan Mist Blue

    realme 7 Pro:

    • Cipset Snapdragon 720G
    • RAM 6GB/8GB + storan 128GB
    • Slot mikroSD
    • Paparan 6.4 inci Super AMOLED
    • Kamera utama quad 64MP IMX682 + 8MP ultra lebar + 2MP lensa potret monokrom + 2MP lensa makro
    • Sokongan Starry Mode
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4500mAh
    • Pengecasan pantas 65W SuperDart
    • realme UI berasaskan Android 10
    • Pilihan warna Mirror Silver dan Mirror Blue

    Gambar realme 7 Pro:

    Gambar realme 7:

    Harga yang dipamerkan adalah harga rasmi di India yang ditukarkan ke dalam Ringgit Malaysia. realme 7 dan realme 7 Pro akan dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada 24 September 2020.

    • realme 7 6GB RAM + storan 64GB berharga 14,999 Rupi (~RM845)
    • realme 7 6GB RAM + storan 128GB berharga 16,999 Rupi (~RM958)
    • realme 7 Pro 6GB RAM + storan 128GB berharga 19,999 Rupi (~RM1,127)
    • realme 7 Pro 8GB RAM + storan 128GB berharga 21,999 Rupi (~RM1,240)

    Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami mengenai penawaran harga siri realme 7 di India dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: realme India

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured