More

    realme 8i dilancar: Miliki Helio G96, skrin 120Hz dan 5,000mAh bateri bermula ~RM789

    Bulan September seakan menjadi bulan di mana pengeluar telefon pintar berlumba-lumba untuk melancarkan produk terbaru mereka. realme juga turut tidak ketinggalan dengan melancarkan beberapa buah peranti termasuk telefon kelas pertengahannya iaitu realme 8i.

    realme 8i dilengkapi cipset Mediatek Helio G96, unit pemprosesan grafik Mali-G57, RAM 4GB/6GB, panel skrin FHD+ 6.6 inci, skrin segar semula 120Hz, pensampelan sentuhan 180Hz, pengimbas cap jari di bahagian sisi dan bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

    Bahagian belakangnya menempatkan tiga kamera yang mana kamera utamanya mempunyai resolusi 50MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera swafoto 16MP ditempatkan pada lubang (punch hole) di bahagian kiri atas skrin.

    Telefon ini istimewa kerana mempunyai fungsi rakaman serentak antara kamera hadapan dan belakang. Selain itu, ia memiliki teknologi Dynamic Range Expansion (DRE) yang mana ia berfungsi dengan menukarkan storan dalaman yang tidak digunakan kepada RAM.

    Tambahan, ia dilengkapi teknologi Universal Flash Storage (UFS) 2.1 yang berfungsi mempercepatkan proses bahagian storan dalaman. realme 8i terdapat dalam dua varian iaitu 4GB + 64GB berharga Rs 13,999 (~RM 789) dan 6GB + 128GB berharga Rs 15,999 (~RM 902). Ia tersedia dalam dua warna iaitu ungu Space Purple dan hitam Space Black.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang ketersediaan telefon ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 8i dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured