More

    realme 8s 5G dan realme 8i akan dilancar pada 9 September 2021

    Selepas melancarkan siri realme 8 pada awal tahun ini, kini realme akan memperkenalkan dua varian baharu dalam siri itu di India iaitu realme 8s 5G dan realme 8i pada 9 September, jam 12:30 tengah hari IST (3:00 petang waktu Malaysia).

    realme sudah mengesahkan beberapa spesifikasi utama untuk kedua-dua telefon. realme 8i bakal dilengkapi cipset MediaTek Helio G96 dan skrin dengan kadar segar semula 120Hz, manakala realme 8s 5G pula bakal menjadi telefon pertama yang akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810.

    Seperti beberapa telefon yang telah dilancar pada tahun ini, realme 8i dan realme 8s 5G akan dilengkapi teknologi Dynamic RAM Expansion (DRE) yang membesarkan jumlah keseluruhan RAM dalam telefon dengan menggunakan sebahagian storan dalaman.

    Spesifikasi lain masih belum disahkan oleh realme, namun terdapat pelbagai maklumat yang tertiris sebelum ini tentang kedua-dua telefon. realme 8s 5G mungkin dilengkapi skrin 90Hz 6.5 inci, kamera 64MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Sementara itu, realme 8i pula mungkin akan dilengkapi skrin Full HD+ 6.59 inci, kamera 108MP+2MP+2MP dan bateri 5,000mAh.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 8i atau realme 8s 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured