More

    realme 8s bakal jadi telefon pertama dengan Dimensity 810

    realme merupakan jenama pertama yang bakal menggunakan Dimensity 810 SoC selepas MediaTek mengumumkan tentang cipsetnya baru-baru ini. Pengurus Eksekutif Syarikat realme bagi pasaran India dan Eropah melalui satu kicauan dalam laman Twitternya bertanyakan kepada peminat realme jika mereka bersetuju untuk menjadi pengeluar telefon pintar pertama dunia yang menggunakan cipset itu.

    Idea ini nampak menarik kerana melalui kiriman gambar yang dibuatnya, terdapat sebuah peranti mirip seperti Realme 8s yang tertiris pada bulan lalu.

    Laporan yang tertiris sebelum ini menyatakan bahawa Realme 8s didatangkan dengan Android 11 yang menggunakan paparan antaramuka Realme UI 2.0 dan tersedia dalam dua pilihan kapasiti RAM iaitu 6GB dan 8GB. Tidak dapat dipastikan panel dan reka bentuk bahagian hadapan menggunakan takuk atau punch hole.

    Peranti ini mempunyai skrin 6.5 inci, kadar segar semula 90Hz, kamera swafoto 16MP, tiga kamera termasuk kamera utama 64MP pada bahagian belakang, storan dalaman tersedia 128GB dan 256GB, sokongan 5G, port USB-C serta bicu audio 3.5mm. Ia juga didatangkan dengan RAM maya yang dipanggil Dynamic RAM Expansion (DRE) dan kapasiti bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 33W.

    Adakah anda berpuas hati dengan spesifikasi Realme 8s ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured