More

    realme 9 4G dilancar: SD 680, AMOLED 6.4″, kamera 108MP dan bateri 5,000mAh bermula ~RM1,000

    realme telah melancarkan pelbagai peranti terbaharu dalam siri realme 9 seperti realme 9 Pro, realme 9i, realme 9 Pro, realme 9 Pro+ dan realme 9 5G. Kini, syarikat itu telah melancarkan telefon pintar realme 9 4G sebagai tambahan terbaharu dalam siri tersebut.

    Daripada segi reka bentuk, realme 9 4G mempunyai rupa yang sama seperti peranti lain dalam sirinya. Telefon pintar ini menampilkan rekaan holografik Ripple di bahagian belakang yang menunjukkan corak berbeza apabila terdedah kepada cahaya. Peranti ini juga agak nipis dengan ketebalan 7.99mm dan berat sekitar 178 gram.

    Bahagian hadapan dilengkapi paparan AMOLED FHD+ 6.4 inci dengan kadar penyegaran 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz. Panel paparan mempunyai kecerahan puncak 1,000 nits dan menempatkan pengimbas cap jari dalam paparan yang mampu mengukur kadar denyutan jantung anda.

    realme 9 4G menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 680 yang dipasang bersama pilihan RAM sehingga 8GB, storan 128GB UFS 2.2 dan slot mikroSD untuk pengembangan kapasiti sehingga 256GB. realme juga menawarkan ciri Dynamic Ram pada peranti ini yang membolehkan pengguna mengembangkan kapasiti RAM peranti secara maya sehingga 5GB.

    Ia juga hadir dengan antara muka realme UI 3.0 berasaskan Android 12 dan bateri 5,000mAh dengan sokongan untuk pengecasan Dart 33W. realme mendakwa bahawa ia hanya mengambil masa 31 minit untuk mencapai kapasiti pengecasan 50%. Telefon ini juga mempunyai sambungan 4G LTE, Wi-Fi dwi-jalur, Bluetooth dan bicu audio 3.5mm yang diperakui oleh Hi-res Audio.

    realme 9 4G menampilkan tiga kamera dengan kamera utama dilengkapi sensor Samsung ISOCELL HM6 108MP. Sensor baharu ini hadir dengan teknologi Nonapiksel Plus baharu yang dipertingkatkan oleh Samsung berfungsi menggabungkan 9 piksel menjadi satu memberikan butiran tajam dalam imej serta kejelasan yang dipertingkatkan dalam keadaan cahaya malap.

    Kamera ProLight 108MP pada realme 9 4G mempunyai apertur f/1.75, Kanta 6P dan FOV 83.63°. Selain itu terdapat kamera ultralebar 8MP dengan apertur f/2.2 dan medan pandangan 119.9° serta kamera makro 2MP. Untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 16MP dengan apertur f/2.45.

    Terdapat ciri Street Photography Mode 2.0 pada realme 9 4G yang memberikan pengguna akses kepada ciri seperti filter Pop 90-an yang popular, mod 108MP, mod malam, panoramik, mod potret, HDR, makro ultra, pengecaman pemandangan AI, filter, kawalan kesan bokeh dan pengimbas teks.

    "
    "

    realme 9 4G berharga ₹17,999 (~RM1,000) untuk varian 6GB + 128GB dan ₹18,999 (~RM1,055) untuk varian 8GB + 128GB. Peranti ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Sunburst Gold, Stargaze White dan Meteor Black.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured