More

    realme 9 dilancar di Malaysia: SD 680, kamera 108MP dan bateri 5,000mAh bermula RM829

    realme Malaysia telah melancarkan beberapa telefon pintar siri realme 9 sebelum ini dan hari ini syarikat itu telah menambah ahli baharu pada siri ini iaitu realme 9 4G. Telefon ini dilengkapi cipset Snapdragon 680, kamera utama 108MP, bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W.

    Daripada segi luaran, realme 9 4G menampilkan reka bentuk holografik pada bahagian belakang telefon yang bertukar warna apabila cahaya mengenai permukaan pada sudut berbeza dan kalis air.

    realme 9 4G menggunakan paparan FHD+ AMOLED 6.4 inci dengan resolusi 1080×2400, menyokong kadar segar semula 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 360Hz, 409 PPI, nisbah skrin 90.8%, kecerahan puncak 1000nits dan tahap kecerahan 10240.

    realme 9 4G dilengkapi dengan cipset Snapdragon 680, bateri 5000mAh, menyokong pengecasan pantas 33W, menyokong WiFi dwi-jalur, Bluetooth 5.1, GPS dan USB-C. realme 9 4G mempunyai ukuran ketebalan 7.99mm dan berat 178g serta menyokong pengimbas cap jari bawah skrin.

    realme 9 4G mempunyai tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 108MP dengan apertur f/1.75 dan lensa 6P, kamera ultra lebar 8MP dengan apertur f/2.2 pada sudut 119° serta kamera makro 2MP dengan apertur f/2.4. Kamera utama menggunakan sensor Samsung ISOCELL HM6.

    Ciri kamera termasuk Pemandangan Malam, mod 108MP, mod Pro, Panorama, Potret, Selang Masa, Pergerakan Perlahan, Teks Super, Imbasan AI dan Super Makro. Bahagian hadapan dilengkapi dengan kamera swafoto 16MP.

    Spesifikasi lengkap realme 9 4G:

    • Paparan 6.4 inci FHD+AMOLED dengan resolusi 1080×2400, menyokong kadar penyegaran 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz
    • Cipset Snapdragon 680
    • Memori 6/8GB RAM+ 128GB ROM
    • Tiga kamera belakang: 108MP (kamera utama) + 8MP (119° ultra lebar) + 2MP (makro) | Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5000mAh | Menyokong pengecasan pantas 33W
    • Antara muka realme UI 3.0 berdasarkan Android 12
    • Warna: Sunburst Gold, Stargaze White dan Meteor Black

    realme 9 4G 6GB+128GB berharga RM899 (promosi harga untuk pelancaran RM829) dan 8GB+128GB berharga RM999. Menurut realme Malaysia, realme 9 4G akan tersedia secara eksklusif di Shopee mulai 22 April dan di kedai realme di seluruh negara mulai 23 April.

    "
    "

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...