More

    realme 9 disahkan oleh eksekutif syarikat, bakal dilengkapi teknologi RAM tambahan

    realme bakal melancarkan dua telefon pintar kelas pertengahan pada 9 September ini iaitu realme 8s 5G dan realme 8i, namun seorang eksekutif realme mengatakan mereka akan turut memberikan maklumat istimewa untuk sebuah lagi telefon baru pada hari itu.

    Menurut pegawai ketua pemasaran (CMO) realme Francis Wong, realme akan berkongsi maklumat tentang realme 9 di samping kedua-dua telefon yang bakal dilancar pada 9 September.

    Setakat ini ia hanya disahkan bakal dilengkapi teknologi Dynamic RAM Expansion (DRE), di mana peranti akan menggunakan sebahagian daripada storan dalaman untuk dijadikan kepada RAM. Teknologi ini semakin mendapat tempat dalam telefon yang dilancar pada 2021, jadi realme pasti tidak ingin ketinggalan berbanding jenama pesaing.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 9 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured