More

    realme 9 Pro+ 5G edisi Free Fire akan dilancar di Malaysia pada 18 Mei 2022

    realme Malaysia bakal melancarkan telefon pintar realme 9 Pro+ 5G edisi khas yang dibina bersama game mudah alih popular Free Fire. realme mengatakan kerjasama ini bertujuan untuk memenuhi permintaan penggunanya di kalangan Gen-Z dan menyediakan prestasi seimbang di antara gaming dengan kegunaan harian.

    Rekaan belakang telefon tersebut bakal mempunyai corak khas dan logo Free Fire, namun masih tidak pasti jika spesifikasinya berbeza dengan realme 9 Pro+ 5G asal. Pelancarannya akan disiarkan pada hari Rabu, 18 Mei 2022 jam 2:00 petang di laman Facebook realme Malaysia.

    Sebelum ini, realme 9 Pro+ 5G telah pun dilancar di Malaysia pada bulan Mac lalu dan ia merupakan sebuah telefon kelas pertengahan yang dilengkapi skrin AMOLED 90Hz, cipset Dimensity 920 5G, kamera utama Sony IMX766 50MP dan pengecasan pantas 60W Dart Charge. Ia dijual pada harga RM1,599.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon edisi khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured