More

    realme AIoT Malaysia dilancar : Fon telinga baru, jam tangan pintar, bateri, harga istimewa bermula RM39

    Pada hari ini, realme Malaysia telah melancarkan satu lagi barisan aksesori AIoT. AIoT ini adalah singkatan kepada ‘Artificial Intelligence of Things’ yang merujuk kepada aksesori yang berkaitan dengan teknologi.

    Pertama sekali, realme melancarkan realme Buds Q2. Fon telinga ini hadir dengan ciri Bass Boost, kadar latensi yang sangat kurang dan mampu bertahan sehingga 20 jam. Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM79 (harga asal RM129) pada 5 Mei 2021 (12 tengah malam) di Shopee.

    Selain dari Buds Q2, realme turut melancarkan realme Buds Air 2 Neo, fon telinga baru ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan realme Buds Air 2. Ia hadir dengan reka bentuk baru dan mampu bertahan sehingga 28 jam. Anda boleh membeli fon telinga ini dengan harga RM149 (Harga asal RM169) pada 11 Mei (12 tengah malam) di Shopee.

    Produk seterusnya adalah jam tangan pintar realme iaitu realme Watch 2 dan realme Watch S edisi Master. Kedua-dua jam tangan pintar ini hadir dengan mod sukan serta beberapa ciri lain yang menarik.

    Jam tangan realme Watch S edisi Master dilengkapi sensor kadar dengupan jantung, pengawalan oksigen darah dan bateri yang bertahan selama 15 hari. realme Watch S Edisi Master ini dijual bermula 8 Mei ini pada RM429 di Shopee, manakala realme Watch 2 pada RM229 (akan tiba kelak).

    Akhir sekali, realme mengumumkan tiga lagi aksesori yang menarik iaitu pembesar suara Cobble Bluetooth Speaker, lampu Motion Activated Night Light dan realme alkaline battery. Pembesar suara Bluetooth ini dijual pada harga RM99 (akan tiba kelak) dan hadir dengan pemaju 5W Dynamic Bass Boost, ciri kalis air IPX5 serta bateri yang mampu bertahan selama 9 jam.

    Motion Activated Night Light pula mampu bertahan selama satu tahun dengan ciri pengesanan gerak inframerah. Ia dijual dengan harga RM39 (harga asal RM99) pada 5 Mei ini (12 tengah malam) di Shopee. Bateri alkali realme pula hadir dengan saiz AA dan AAA dan dijual pada harga RM29 dan RM24 (10 bateri satu kotak). Tarikh keberadaannya akan diberitahu kelak.

    Jadi, adakah anda bakal membeli salah satu dari barisan aksesori realme ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured