More

    realme akan buka kedai pertama di Kelantan pada 28 Disember 2024

    realme Malaysia bakal membuka Kedai Jenamanya yang pertama di Kelantan pada hari Sabtu, 28 Disember 2024. Ia terletak dalam pusat beli-belah AEON Mall Kota Bharu dan akan memberi peluang kepada para pelanggan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu untuk mencuba sendiri pelbagai produk realme.

    Sempena pembukaan kedai tersebut, realme akan menganjurkan pelbagai promosi seperti Jualan Kilat dengan diskaun sehingga RM300 untuk produk terpilih serta Tawaran Masa Terhad untuk bawa pulang realme Buds T110, realme Buds T01, Pembesar Suara Bluetooth Techlife atau Fon Kepala Techlife dengan harga serendah RM10 sahaja.

    Selain itu, para pelanggan yang membeli peranti realme di kedai ini sebelum 28 Disember juga berpeluang memenang televisyen pintar realme.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan melawat kedai realme di Kelantan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured