More

    realme akan lancarkan telefon dengan kamera 108MP pada 24 Mac

    realme telah mengongsikan sebuah video promosi untuk telefon pintar seterusnya yang akan dilancar pada 24 Mac. Video tersebut memaparkan CEO realme India dan Eropah, Madhav Sheth, berlumba kereta di litar Buddh International Circuit di Noida, India.

    Selain mengesahkan tarikh pelancaran telefon baru pada hari Rabu, 24 Mac, Madhav turut mengesahkan kewujudan kamera 108MP pada telefon tersebut. Beliau tidak memberi nama spesifik telefon itu, namun jika kita rujuk semula pada berita sebelum ini, ia mungkin adalah realme 8 Pro.

    Sementara itu, reame 8 biasa pula disahkan akan dilengkapi kamera 64MP. Kedua-dua varian dijangka akan dilengkapi empat kamera, manakala realme 8 biasa akan dilengkapi cipset Helio G95, skrin AMOLED 6.4 inci, bateri 5,000mAh dan pengecasan 30W serta rekaan belakang yang mempunyai slogan “DARE TO LEAP” seperti pada realme X7.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti realme baru pada 24 Mac dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured