More

    realme akan perkenalkan pengecasan pantas 300W pertama di dunia

    realme dilaporkan sedang dalam persiapan untuk melancarkan realme GT 7 Pro dalam pasaran China dan global. Siaran Weibo terkini yang dikongsi oleh sumber menunjukkan bahawa realme mungkin mempamerkan teknologi pengecasan pantas 300W pada acara pelancaran GT 7 Pro.

    Dalam tangkapan skrin di bawah, sumber dilihat bercakap tentang beberapa ciri utama GT 7 Pro. Sumber turut mengatakan realme mungkin mempamerkan teknologi pengecasan pantas 300W pertama di dunia. Walaupun GT 7 Pro adalah telefon andalan yang akan datang, ia tidak akan mempunyai sokongan untuk pengecasan pantas 300W.

    realme juga tidak mendedahkan sebarang maklumat lain mengenainya. Dikatakan bahawa teknologi pengecasan 300W realme boleh mengecas dari 0 hingga 50 peratus dalam masa kurang daripada tiga minit dan pengecasan penuh dalam masa kurang dari lima minit.

    realme GT 7 Pro akan menjadi telefon pertama realme yang menawarkan rintangan habuk dan air tahap IP69. Selain itu, ia akan menjadi telefon pertama syarikat yang menampilkan pengimbas cap jari dalam skrin ultrasonik satu titik. Sama-sama kita nantikan kemunculan realme GT 7 Pro.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...