More

    realme mungkin akan lancarkan aksesori ‘gaming’ bersama telefon siri Narzo 30

    realme dikhabarkan akan melancarkan telefon siri Narzo 30 dalam masa yang terdekat. Kini, sumber terbaru menyatakan siri Narzo 30 mungkin akan dilancarkan bersama beberapa aksesori gaming.

    Berdasarkan gambar dari sumber, terdapat tiga aksesori gaming realme iaitu tetikus gaming, pad tetikus dan sebuah pengawal udara (air controller). Yang menarik, tetikus gaming tersebut mempunyai reka bentuk yang sama seperti Logitech G502 Hero dan ini mungkin menandakan kolaborasi antara dua syarikat ini.

    Manakala untuk pengawal udara pula, ia dilihat mempunyai pencetus (trigger) pada belakangnya, sama seperti pengawal Oculus Quest 2.

    Buat masa ini, realme masih lagi belum memberitahu tarikh pelancaran siri Narzo 30 tapi kami menjangkakan ia akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Sebelum ini, Narzo 30 Pro telah dikesan di pensijilan TENAA dengan skrin 6.5 inci, bateri 4,880 mAh, serta sokongan 5G.

    Adakah anda menantikan aksesori gaming dari realme? Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured