More

    realme bakal mengadakan acara pelancaran 4 Mei ini, mungkin lancar realme X7 Max 5G, TV 4K

    Di dalam edisi terbaru Ask Madhav, CEO realme India Madhav Sheth telah mengesahkan bahawa realme akan mengadakan acara pelancaran produk mereka pada 4 Mei ini. Beliau memberitahu realme akan perkenalkan telefon pintar pertama di India yang menggunakan cipset Dimensity 1200. Telefon tersebut dikhabarkan akan hadir dengan nama realme X7 Max 5G.

    realme X7 Max 5G ini dikatakan adalah penjenamaaan semula untuk telefon realme GT Neo yang telah dilancarkan di China tidak lama yang lalu. Sumber memberitahu bahawa realme X7 Max 5G akan hadir dengan dua varian iaitu RAM 8GB + storan 128GB dan RAM 12GB + storan 256GB.

    Untuk spesifikasi lain, realme X7 Max 5G mungkin hadir dengan skrin Super AMOLED 6.43 inci dengan kadar segar semula 120Hz, storan UFS 3.1, bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 50W.

    realme GT Neo

    Selain itu, ia mungkin dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 16MP. Ia dijangka akan datang dengan sensor cap jari dalam skrin, bicu audio 3.5mm dan antara muka realme UI 2.0 atas Android 11.

    Selain dari telefon pintar, realme juga dijangka akan melancarkan beberapa produk lain termasuklah TV 4K 43 inci dan TV 50 inci.

    Nantikan berita lanjut mengenai acara pelancaran ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured