More

    realme Band 2 dapat pengiktirafan BIS, bakal dilancar tidak lama lagi

    realme sebelum ini terkenal sebagai pengeluar telefon pintar. Kini, jenama itu berkembang dengan menawarkan pelbagai peranti dan pada 18 Ogos nanti, realme akan memperkenalkan komputer riba pertamanya iaitu realme Book dan juga produk lain. Selain itu, realme sedang menghasilkan siri baharu realme Band iaitu realme Band 2 pada tarikh yang sama.

    realme Band 2 telah dikesan di Bureau of Indian Standards (BIS) dan pelancarannya mungkin berlaku lebih cepat daripada yang dijangkakan. Menurut senarai BIS tersebut, gelang pintar itu membawa nombor model RMW2010.

    Tambahan, realme Band yang mempunyai nombor model yang sama itu muncul pada sijil Bluetooth SIG. Seperti yang disenaraikan, gelang pintar baharu itu akan dilengkapi dengan sambungan Bluetooth 5.2. Dijangka pengguna akan dapat pengalaman yang lebih baik ketika memakainya kerana sambungan yang lebih stabil dengan telefon pintar.

    Melalui imej janaan yang tertiris, realme Band 2 menampilkan reka bentuk paparan 1.4 inci, 0.96 inci lebih besar berbanding realme Band sebelum ini. Walaupun sebilangan pengguna mengharapkan realme untuk meningkatkan skrinnya ke OLED, ia mungkin masih menggunakan skrin LCD.

    realme Band 2 mempunyai ukuran badan 45.9 x 26.6 x 12.1mm. Menariknya, badan gelang pintar ini nampak lebih tebal jika dibandingkan dengan realme Band sebelum ini. realme Band 2 dijangkakan mempunyai ciri baharu dengan tambahan beberapa paparan muka, mod sukan dan sensor degupan jantung.

    Kami tidak mempunyai sebarang petunjuk rasmi mengenai pelancaran realme Band 2 setakat ini. Oleh itu, sukar untuk menentukan pelancarannya pada 18 Ogos nanti. Sekiranya tidak dilancarkan pada bulan ini, kita mungkin melihat kemunculannya pada bulan September.

    realme Band 2 mungkin dilancarkan di pasaran India dan Eropah terlebih dahulu sebelum dipasarkan di pasaran global. Antara produk yang sah untuk dilancarkan 18 Ogos nanti ialah realme Book dan Book Slim, telefon pintar siri Realme GT Master dan produk TechLife.

    Adakah anda berminat untuk memiliki realme Band 2 ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. Sumber

    "
    "

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured