More

    realme Book dilancar di Malaysia: Intel Core Gen-11 & paparan resolusi 2K, bermula RM2,499

    Beberapa hari lalu, realme telah perkenalkan komputer riba pertama mereka, realme Book. Kini, ia telah tiba secara rasmi di pasaran Malaysia. Peranti ini dilengkapi cip pemprosesan Intel Core Gen ke-11, paparan skrin IPS 14 inci beresolusi 2K, kecerahan puncak 400 nits, 100 peratus gamut warna sRGB, perlindungan Corning Gorilla Glass dan mempunyai nisbah 90 peratus skrin-ke-badan.

    realme Book terdapat dalam dua pilihan cip pemprosesan Intel Core Gen ke-11 iaitu Core i3-1115G4 dan Core i5-1135G7. Model Core i3 hadir dengan RAM 8GB, SSD 256GB, grafik Intel UHD, WiFi 5 dan Bluetooth 5.1. Untuk I/O (input dan output), ia mempunyai port USB-A 3.1, port USB-C 3.2 dan bicu audio 3.5mm.

    Sementara itu, model Core i5 mempunyai RAM 8GB / 16GB, SSD 512GB, grafik Intel Iris Xe, WiFi 6 dan Bluetooth 5.2. Bahagian I/O pula ia mempunyai ciri yang sama seperti model i3 tetapi salah satu port USB-C 3.2 telah digantikan dengan port Thunderbolt 4.

    Kedua-dua model ini menggunakan bateri 54Whr dengan sokongan pengecasan pantas Super-Fast 65W yang mampu mengecas bateri sehingga 50 peratus dalam masa 30 minit sahaja. Menurut realme, komputer riba ini boleh bertahan sehingga 11 jam.

    Selain itu, ia turut dilengkapi pad sentuh yang lebih besar, lampu latar papan kekunci dengan tiga mod, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari, Windows 11 dan fungsi PC Connect yang mana skrin telefon pintar anda akan terpapar di skrin komputer riba ini secara serentak.

    Daripada segi reka bentuk, badannya diperbuat daripada aluminium yang ringan dan ketebalan 14.9mm serta sistem audio dilengkapi dengan dua pembesar suara edisi HARMAN yang menyokong kesan bunyi stereo DTS HD.

    realme Book boleh mula dibeli bermula 27 Ogos 2021 untuk model Core i3 + 8GB dan Core i5 + 8GB. Namun, untuk model Core i5 dengan RAM 16GB ia dijangka tiba tidak lama lagi. Harga bagi komputer riba ini ialah Core i3 + 8GB + 256GB SSD RM2,999, Core i5 + 8GB + 512GB SSD RM3,499 dan Core i5 + 16GB + 512GB SSD RM3,999.

    realme bakal mengadakan promosi jualan istimewa ‘first sales’ dari 27 Ogos hingga 28 Ogos untuk model Core i3. Diskaun sehingga RM500 bagi model Core i3 yang menjadikan harganya kepada RM2,499. Promosi ini eksklusif hanya di kedai rasmi Shopee realme Malaysia.

    "
    "

    Bermula 27 Ogos juga, realme menawarkan promosi kepada pembeli model Core i5 dengan memberikan beg laptop 15 inci dan tetikus Bluetooth secara percuma menerusi pembelian di SENHENG, Courts dan pengedar rasmi realme. Ia juga boleh dibeli melalui kedai atas talian di Shopee.

    Sementara itu, realme Malaysia memperkenalkan pencukur janggut yang dikenali sebagai realme Beard Trimmer. Ia dilengkapi sikat yang boleh dilaras sehingga 10mm untuk kepelbagaian pilihan dalam proses memotong. Di samping itu, ia mempunyai bateri 800mAh dan port USB-C yang boleh bertahan selama 120 minit dengan hanya sekali pengecasan penuh. Bagi yang berminat, realme Beard Trimmer dijual di Malaysia pada RM129 untuk seunit. Namun, realme menawarkan harga promosi menarik serendah RM79 bersempena realme Fan Festival 2021 pada 27 & 28 Ogos 2021 sahaja.

    Untuk maklumat lanjut mengenai realme Book ini, sila layari laman web rasmi realme Malaysia. Adakah anda berminat dengan realme Book ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...