More

    realme Buds Air 7 dan Buds T200 Lite turut rasmi di Malaysia, harga bermula RM119

    Selain pelancaran siri telefon pintar realme 14 5G, realme turut memperkenalkan dua produk audio baharu untuk pasaran tempatan dengan realme Buds Air 7 dan realme Buds T200 Lite. Model realme Buds Air 7 tampil dengan kualiti bunyi yang dipertingkat dan teknologi Pembatalan Bunyi Aktif (ANC).

    Ia dilengkapi pemacu dinamik bersalut titanium bersaiz 12.4mm serta sokongan Audio Hi-Res melalui codec LHDC 5.0. Teknologi ANC pada fon telinga ini mampu mengurangkan bunyi bising sehingga 52dB yang dapat memberikan ketenangan kepada pendengar. Buds Air 7 mampu bertahan sehingga 13 jam dengan satu cas (tanpa ANC) dan sehingga 52 jam dengan bekas pengecas.

    Pengecasan pantas selama 10 minit pula boleh memberi penggunaan selama 10 jam. Ia juga menyokong Bluetooth 5.4, penarafan IP55, enam mikrofon dengan pembatalan bunyi berasaskan AI dan ciri sambungan dwi-peranti, latensi serendah 45ms dan kesan audio spatial 360 darjah. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Ivory Gold dan Moss Green.

    realme Buds T200 Lite pula hadir sebagai pilihan yang lebih ringan dan mesra pengguna harian. Ia menawarkan sambungan dwi-peranti, pemacu bass dinamik 12mm dan penarafan kalis air IPX4. Dengan pengecasan selama hanya 10 minit, pengguna boleh menikmati sehingga 5 jam masa main balik dan sehingga 48 jam keseluruhan apabila digabungkan dengan bekas pengecas.

    Antara spesifikasi menarik lain termasuk pembatalan bunyi semasa panggilan menggunakan empat mikrofon AI dan pilihan warna Volt Black atau Storm Grey. Di Malaysia, realme Buds Air 7 dijual pada harga RM299 manakala realme Buds T200 Lite ditawarkan pada RM119. Untuk masa terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun RM50 untuk Buds Air 7 dan RM40 untuk Buds T200 Lite.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Buds Air 7 atau realme Buds T200 Lites dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured