More

    realme Buds T01 dilancar di Malaysia, berharga RM79 untuk masa terhad

    realme Malaysia semalam melancarkan fon telinga mampu milik terbaru iaitu realme Buds T01 yang dijual pada harga pasaran RM119. Sungguh pun begitu, mereka kini menganjurkan promosi khas untuknya di mana ia akan dijual pada harga diskaun RM79 sahaja sehingga 18 September 2024.

    Fon telinga ini mempunyai pemacu bass dinamik 13mm dan diafragma PET untuk hasilkan bunyi bass yang berkuasa serta frekuensi pertengahan (middle) dan tinggi (high) yang jelas.

    Walaupun ini adalah fon telinga mampu milik, ia masih menawarkan pembatalan hingar ENC Noise Cancellation yang boleh mengurangkan bunyi bising di sekeliling sewaktu anda mendengar lagu atau menjawab panggilan telefon.

    Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Baterinya boleh bertahan sehingga 28 jam jika digabungkan dengan bekas pengecas (charging case), manakala pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama 120 minit.

    Ia menyokong hubungan melalui Google Fast Pair, Bluetooth 5.4 dan mod kependaman rendah (low-latency) 88 milisaat. Ia juga mempunyai rating kalis air IPX4.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...