More

    realme C20 dan C25 bakal dilancar di India 8 April ini, masuk Malaysia tidak lama lagi?

    Pada hari ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan tiga peranti daripada siri C di India pada 8 April ini. Tiga telefon tersebut adalah realme C20, realme C21 dan realme C25.

    Mengikut realme, C20 dilabelkan sebagai “pembunuh telefon kelas permulaan”, manakala C21 lebih menfokuskan kepada gaya dan versatiliti. Untuk C25 pula, ianya lebih kepada gaming dan bateri besar.

    Ketiga-tiga peranti ini akan hadir dengan skrin 6.5 inci LCD HD+. C20 dan C21 dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 10W, manakala C25 dengan bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 18W. Antara ketiga-tiga peranti ini, hanya C25 yang menggunakan port USB-C.

    realme C25 akan dikuasai oleh cipset Helio G70 dengan Android 11, manakala C20 dan C21 menggunakan cipset Helio G35 dengan Android 10.

    Untuk harga pula, ia dijangka akan mempunyai tanda harga serendah INR 10,000 (~RM565).

    Buat masa ini, tiada berita mengenai kehadiran realme C20 dan realme C25 untuk pasaran Malaysia. Sebelum ini, hanya realme C21 sahaja telah masuk ke pasaran Malaysia. Berikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured