More

    realme C21 rasmi di Malaysia: Helio G35, bateri 5000mAh, 3 kamera berharga RM499

    Baru-baru ini, realme sudah mula mengacah kehadiran realme C21 termasuklah mendedahkan spesifikasinya. realme kini sudah mengumumkan harga rasmi untuk peranti pertama dalam siri realme C pada tahun 2021 di pasaran Malaysia.

    realme C21 adalah generasi terbaru untuk siri realme C pada tahun ini. Peranti kelas permulaan ini ditawarkan dengan bateri berkapasiti besar 5000mAh, tiga kamera AI di belakang dengan lensa utama 13MP dan paparan 6.5 inci Mini-drop. Anda boleh menyemak spesifikasinya yang lain seperti di bawah.

    • Cipset MediaTek Helio G35
    • RAM 3GB + storan 32GB
    • Paparan 6.5 inci HD Mini-drop
    • Kamera utama 13MP + 2MP B&W + 2MP makro
    • Kamera swafoto 5MP
    • Bateri 5000mAh + cas 10W
    • Super Power Saving Mode
    • Bicu audio 3.5mm, port microUSB
    • Pilihan warna Cross Black dan Cross Blue

    realme C21 ditawarkan di Malaysia dengan harga RM499. Anda kini boleh mula membelinya di Lazada atau mana-mana pengedar sah realme.

    Kongsikan dengan kami di laman Facebook tentang pandangan anda mengenai realme C21 dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured