More

    realme C21Y dilancar di Malaysia: Cipset Unisoc T610, skrin 6.5 inci, bateri 5,000mAh berharga RM549

    realme Malaysia telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru iaitu realme C21Y yang dilengkapi cipset Unisoc T610 12nm, skrin HD+ berukuran 6.5 inci dan bateri besar 5,000mAh. Cipset tersebut membenarkan telefon kelas permulaan ini untuk dihubungkan kepada rangkaian 5G.

    Unisoc T610 terdiri daripada dua teras A75 1.8GHz dan enam teras A55 1.8GHz, manakala unit pemproses grafik adalah Mali G52 614.4MHz. Skrinnya yang berukuran 6.5 inci pula mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland Smartphone High Reliability Certification yang menjanjikan ketahanan tinggi.

    realme C21Y dilengkapi kamera utama 13MP dan dua lagi kamera di belakang serta satu kamera swafoto 5MP. Untuk memori, ia mempunyai RAM 6GB dan storan dalaman 64GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD sehingga 256GB. Baterinya yang berkapasiti 5,000mAh menyokong pengecasan berbalik dan mod penjimatan kuasa.

    Telefon ini akan dijual di pengedar sah realme pada harg RM549. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memilikinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured