More

    realme C25 dikesan dalam Geekbench, mungkin dilengkapi cipset Helio P95

    Selepas melancarkan realme C21 pada minggu lepas, kini realme dilihat sedang merancang telefon pintar seterusnya dalam siri realme C iaitu realme C25. Telefon itu dikesan dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench dan badan pengiktirafan di pelbagai negara.

    realme C25 yang mempunyai nombor model RMX3191 telah dikesan dalam National Broadcasting Telecommunications Commission (NBTC) di Thailand, European Economic Community (EEC) di Eropah serta Tingkat Komponen Dalam Negri (TKDN) dan Indonesia Telecom di Indonesia. Walau bagaimanapun, pengiktirafan kebangsaan ini tidak menyenaraikan spesifikasi telefon itu.

    Penyenaraian realme C25 dalam NBTC
    Penyenaraian realme C25 dalam TKDN
    Maklumat realme C25 dalam Geekbench

    Jika dilihat pada Geekbench pula, realme C25 akan dilengkapi cipset MT6768G iaitu nombor model untuk MediaTek Helio P65. Di samping itu, ia akan dilengkapi RAM 4GB dan sistem operasi Android 11. Markah penanda arasnya boleh dijangkakan untuk peranti realme C iaitu 383 untuk markah teras tunggal dan 1,309 untuk markah multi teras.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme C25 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Smart Price

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured