More

    realme C65 diumum di Malaysia dengan Helio G85, 4 tahun jaminan “lag-free” berharga RM699

    realme hari ini secara rasminya mengumumkan telefon pintar segmen permulaan terbaharu iaitu realme C65. Ia berharga RM699 dan boleh didapati mulai 5 Julai 2024 di kedai jenama realme seluruh negara, pengedar sah, platform rasmi di Shopee, Lazada serta TikTok.

    realme C65 mempunyai cipset MediaTek Helio G85, paparan 6.67 inci 90Hz dengan kecerahan puncak 625 nits, pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 45W.

    Ciri penting lain termasuk sambungan NFC, penarafan rintangan air dan habuk IP54, Sentuhan Pintar Air Hujan dan reka bentuk Antena Surround 360°. Telefon ini juga mempunyai ciri seperti Pulau Dinamik dan Butang Dinamik yang berfungsi sama seperti pada model iPhone 15 Pro untuk membolehkan anda mengakses fungsi tertentu.

    Selain itu, anda juga boleh menggunakan Gerak Isyarat Udara, Imbasan Kod Pintar, Mod Menunggang dan Kecerahan Terendah Tersuai. Menariknya, pengguna boleh mendapatkan realme Buds 2 Neo apabila membeli realme C65 pada 5 Julai 2024.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured